• GOLDBAR 10g

    Metal : au
    Weight : 10g

    Size(W x L, mm) : 15x24

    Thickness : 1.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 20g

    Metal : au
    Weight : 20g

    Size(W x L, mm) : 16x25

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 50g

    Metal : au
    Weight : 50g

    Size(W x L, mm) : 24x37

    Thickness : 3.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 100g

    Metal : au
    Weight : 100g

    Size(W x L, mm) : 35x54

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 250g

    Metal : au
    Weight : 250g

    Size(W x L, mm) : 50x80

    Thickness : 6mm

    Purity : 999.9

  • GOLD COINS

    Metal : au
    Weight : 50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 3mm

    Purity : 999.9

  • 1 DINAR

    Metal : au
    Weight : 4.25g

    Diameter(mm) : 18mm

    Thickness : 0.72mm

    Purity : 916

  • 5 DINAR

    Metal : au
    Weight : 21.25g

    Diameter(mm) : 32mm

    Thickness : 1.50mm

    Purity : 916

  • 10 DINAR

    Metal : au
    Weight : 42.50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 2.18mm

    Purity : 916

  • SILVER BAR 250g

    Metal : Ag
    Weight : 250g

    Size (W x L, mm) : 25x70

    Thickness : 10mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 500g

    Metal : Ag
    Weight : 500g

    Size (W x L, mm) : 40x88

    Thickness : 14mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 1000g

    Metal : Ag
    Weight : 1kg

    Size (W x L, mm) : 52x114

    Thickness : 17mm

    Purity : 999

Sabda Rasulullah saw " Akan Tiba Suatu Zaman di Mana Tiada Apa Yang Bernilai Dan Boleh Digunakan Oleh Ummat Manusia. Maka Simpanlah Dinar dan Dirham"- Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

" Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Bagaimana Menguruskan Kewangan dengan Bijaksana

Salah satu cara untuk menjadi kaya adalah dengan menyimpan wang. Tetapi menyimpan wang sahaja tidak boleh membuat seseorang menjadi kaya. Untuk menjadi kaya, selain perlu menyimpan wang seseorang perlu melaburkan wangnya tersebut supaya boleh menghasilkan pulangan yang maksimum. Di bawah ini saya cuba membuat gambaran tentang beberapa kaedah dalam menyimpan sekaligus melabur wang.

Menyimpan Wang di Bank

Dividen yang boleh diberikan oleh bank ialah sebanyak 3% setahun. Jika pada awal tahun seseorang menyimpan wang RM 10 000 di dalam bank, dengan kadar keuntungan 3% setahun, maka pada akhir tahun wangnya akan menjadi RM 10 300 sahaja.

Menyimpan Wang di Tabung Haji

Pada kebiasaannya Tabung Haji memberikan dividen lebih dari 5% setiap tahun. Dan itu sudahpun termasuk potongan zakat sebanyak 2.5%. Dividen Tabung Haji bagi tahun 2010 adalah 5.5%. Bermakna jika pada awal tahun 2010 seseorang menyimpan wang RM 10 000 di Tabung Haji, maka pada akhir tahun 2010 wangnya akan menjadi RM 10 550. Ini lebih baik berbanding menyimpan wang di bank.

Menyimpan Wang dalam Bentuk Emas

Jika seseorang menukar RM 10 000 dalam bentuk eams pada awal tahun 2010, maka pada akhir tahun 2010 nilai RM 10 000 tersebut akan menjadi (lebih kurang) RM 12 623 memandangkan kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah 26.30% menurut goldprice.org.
Menyimpan Wang dalam Bentuk Perak

Sekiranya pada awal tahun 2010 RM 10 000 tersebut ditukar kepada perak, mengikut graf di bawah yang bersumber dari silverprice.org, maka pada akhir tahun 2010 nilainya akan menjadi (lebih kurang) RM 17 068, berdasarkan kenaikan harga perak sebanyak 70.68% pada tahun itu.
Jadi, bagaimanakah kaedah menyimpan wang dengan bijak? Anda sendiri yang berhak menentukannya. Saya dan isteri menyimpan wang menggunakan keempat kaedah di atas. hanya saja peruntukan menyimpan dalam bentuk emas dan perak lebih banyak berbanding yang lainnya.


P/s:

Gambaran di atas hanya merupakan gambaran kasar. Kerana kalau dikaji lebih mendalam maka kadar keuntungan yang didapat boleh jadi lebih sedikit atau lebih banyak dari apa yang digambarkan di atas. Tujuan saya membuat gambaran secara kasar adalah bagi memudahkan pembaca dalam memahami isu yang hendak disampaikan.

Dalam membuat simpanan atau pelaburan, kita perlu mengambil kira kadar inflasi. Jika mengambil kira kadar inflasi sebanyak 5% dalam setahun, maka pelaburan yang memberi kadar keuntungan kurang dari 5% sebenarnya adalah pelaburan yang merugikan.

Saya sendiri menyimpan wang di bank, Tabung Haji serta dalam bentuk emas dan perak. Tapi sebahagian besar simpanan saya dalam bentuk emas dan perak. Simpanan wang di bank untuk sara hidup dan pusingan modal. Simpanan wang di Tabung Haji untuk kecemasan. Simpanan dalam bentuk emas dan perak adalah simpanan yang sebenarnya. Wallahu ta'ala a'lam.B

Categories:

0 comments:

Post a Comment