• GOLDBAR 10g

    Metal : au
    Weight : 10g

    Size(W x L, mm) : 15x24

    Thickness : 1.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 20g

    Metal : au
    Weight : 20g

    Size(W x L, mm) : 16x25

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 50g

    Metal : au
    Weight : 50g

    Size(W x L, mm) : 24x37

    Thickness : 3.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 100g

    Metal : au
    Weight : 100g

    Size(W x L, mm) : 35x54

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 250g

    Metal : au
    Weight : 250g

    Size(W x L, mm) : 50x80

    Thickness : 6mm

    Purity : 999.9

  • GOLD COINS

    Metal : au
    Weight : 50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 3mm

    Purity : 999.9

  • 1 DINAR

    Metal : au
    Weight : 4.25g

    Diameter(mm) : 18mm

    Thickness : 0.72mm

    Purity : 916

  • 5 DINAR

    Metal : au
    Weight : 21.25g

    Diameter(mm) : 32mm

    Thickness : 1.50mm

    Purity : 916

  • 10 DINAR

    Metal : au
    Weight : 42.50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 2.18mm

    Purity : 916

  • SILVER BAR 250g

    Metal : Ag
    Weight : 250g

    Size (W x L, mm) : 25x70

    Thickness : 10mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 500g

    Metal : Ag
    Weight : 500g

    Size (W x L, mm) : 40x88

    Thickness : 14mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 1000g

    Metal : Ag
    Weight : 1kg

    Size (W x L, mm) : 52x114

    Thickness : 17mm

    Purity : 999

Sabda Rasulullah saw " Akan Tiba Suatu Zaman di Mana Tiada Apa Yang Bernilai Dan Boleh Digunakan Oleh Ummat Manusia. Maka Simpanlah Dinar dan Dirham"- Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

" Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.


DALIL WAJIB BERZAKAT KEATAS UMAT ISLAM
Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH PENGIRAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
Emas Perhiasan Wanita
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

* Kadar uruf emas berbeza mengikut negeri masing-masing.
Contoh:
Berat emas yang dipakai = 900 gram
Uruf emas = 800 gram
(Berat emas yang dipakai – Uruf emas) x harga semasa x 2.5%
100 gram x RM 110 = RM 11000 x 2.5% = RM 275
Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas(gram) x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM 110 = RM 9900 x 2.5% = RM 247.50
Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:
800 gram perak x RM 2.00(segram) x 2.5% = RM 40

0 comments:

Post a Comment