• GOLDBAR 10g

    Metal : au
    Weight : 10g

    Size(W x L, mm) : 15x24

    Thickness : 1.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 20g

    Metal : au
    Weight : 20g

    Size(W x L, mm) : 16x25

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 50g

    Metal : au
    Weight : 50g

    Size(W x L, mm) : 24x37

    Thickness : 3.5 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 100g

    Metal : au
    Weight : 100g

    Size(W x L, mm) : 35x54

    Thickness : 3 mm

    Purity : 999.9

  • GOLDBAR 250g

    Metal : au
    Weight : 250g

    Size(W x L, mm) : 50x80

    Thickness : 6mm

    Purity : 999.9

  • GOLD COINS

    Metal : au
    Weight : 50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 3mm

    Purity : 999.9

  • 1 DINAR

    Metal : au
    Weight : 4.25g

    Diameter(mm) : 18mm

    Thickness : 0.72mm

    Purity : 916

  • 5 DINAR

    Metal : au
    Weight : 21.25g

    Diameter(mm) : 32mm

    Thickness : 1.50mm

    Purity : 916

  • 10 DINAR

    Metal : au
    Weight : 42.50g

    Diameter(mm) : 38mm

    Thickness : 2.18mm

    Purity : 916

  • SILVER BAR 250g

    Metal : Ag
    Weight : 250g

    Size (W x L, mm) : 25x70

    Thickness : 10mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 500g

    Metal : Ag
    Weight : 500g

    Size (W x L, mm) : 40x88

    Thickness : 14mm

    Purity : 999

  • SILVER BAR 1000g

    Metal : Ag
    Weight : 1kg

    Size (W x L, mm) : 52x114

    Thickness : 17mm

    Purity : 999

Sabda Rasulullah saw " Akan Tiba Suatu Zaman di Mana Tiada Apa Yang Bernilai Dan Boleh Digunakan Oleh Ummat Manusia. Maka Simpanlah Dinar dan Dirham"- Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

" Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Kelebihan Dinar - memudahkan pembahagian harta pusaka (faraidh)

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat sahabat sekalian
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta'ala kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk mengumpul 'bekalan'. Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh dalam mencari keberkatan dan keredhaan-Nya. Semoga kita semua dianugerahkan taufiq dan hidayah daripada-Nya, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Pada kali ini saya ingin berkongsi info bersama-sama dengan sahabat sekalian. Saya sebenarnya bukanlah orang yang mahir dalam ilmu ini. Oleh itu saya mohon sahabat yang lebih mahir untuk menegur jika terdapat kesalahan.

Tentu sahabat sudah mengetahui tentang ilmu faraidh, sistem pembahagian pusaka secara Islam. Wajib bagi semua ahli waris mengikuti hukum faraidh yang diturunkan oleh Allah Ta'ala dalam surah An-Nisa ayat 11,12 dan 176. (
maklumat lanjut klik di sini). Tiada hukum di dalam Al-Quran yang paling detail melainkan hukum faraidh. Hukum yang Allah Ta'ala turunkan sendiri secara terperinci. Hukum yang lain seperti solat, wudhu dan puasa diperincikan lagi dengan hadith Rasulullah Sallallahi 'Alaihi Wassallam.

Di Malaysia, kes-kes harta pusaka yang belum diselesaikan amat banyak dan membimbangkan. Puncanya adalah kerana waris-waris perlu melalui beberapa proses yang merumitkan sebelum mereka memperolehi harta pusaka. Antaranya melantik peguam, pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan Sijil Faraidh. Kemudian ke Mahkamah Tinggi (kalau harta melebihi RM2 juta). Jika kurang daripada RM2 juta dan mempunyai harta tidak alih (spt rumah dan tanah) kita ke pergi ke Pejabat Tanah untuk buat urusan. Jika ada harta alih sahaja dan kurang RM 2 juta maka ke ARB. Kemudian perbicaraan yang memerlukan kehadiran semua ahli waris. Dan banyak lagi kemudian-kemudian...

Proses-proses yang merumitkan ini memakan masa, paling cepat 3 bulan. Tapi yang selalu berlaku ianya berlanjutan sehingga beberapa tahun. Memang tidak dinafikan terdapat punca-punca lain yang melambatkan pembahagian pusaka. Antaranya, perselisihan antara ahli waris, ahli waris tidak dapat dihubungi, dokumen hilang, pewaris tidak memaklumkan tentang hartanya, kos yang sangat mahal, pewaris tidak membuat perancangan harta pusaka dan sebagainya. Sahabat boleh melihat keratan akhbar tentang isu-isu harta pusaka
di sini

Di sini, saya cuma mahu membandingkan
kelebihan dinar berbanding wang di dalam bank dari perspektif pengurusan harta pusaka.

Apabila seseorang meninggal dunia, bank akan terus membekukan segala wang yang disimpan oleh si mati. Tiada siapa yang dibenarkan membawa keluar wang si mati walaupun ahli warisnya sendiri !!! Ulang suara..walaupun ahli waris sendiri !!! (melainkan ahli waris ada kad ATM dan nombor pin si mati)

Tentu ada antara kita yang mengalami situasi seperti di atas. Cuba bayangkan jika seorang suami meninggal dunia yang masih mempunyai anak-anak kecil dan si isteri pula seorang suri rumah. Bagaimana mereka dapat menguruskan keperluan harian mereka jika wang si suami di dalam bank tidak dapat dikeluarkan sehingga proses pengurusan harta pusaka selesai.

Tetapi dinar sebaliknya. Pewaris yang masih hidup tidak perlu bersusah payah membuat dokumen perancangan pusaka atau dokumen wasiat jika wang dinar itu hendak diberikan kepada ahli waris selepas kematiannya.

Setelah pewaris meninggal dunia, dinar itu senang dicairkan. Ahli waris tidak perlu bersusah payah sediakan dokumen tertentu untuk urusan pembahagian harta, cari peguam, ulang alik mahkamah, membayar kos pengurusan harta pusaka dan pelbagai perkara yang merumitkan dan membuang masa. Tersangat mudah, boleh diselesaikan dengan cepat (melainkan ada perbalahan antara waris - ini kena bagi ceramah skit kat depa pasal faraidh)

Apa yang diperlukan hanyalah ustaz atau perancang harta pusaka untuk menentukan bahagian setiap ahli waris terhadap harta yang ditinggalkan itu.
Contoh Pengiraan Faraidh dengan Dinar (D)

Seseorang meninggal dunia, meninggalkan seorang isteri, ibu, bapa seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Harta yang ditinggalkan adalah sebanyak 104D. Kos pengurusan jenazah 2D dan hutang si mati adalah 30D..

Kos urus jenazah = 2D

Baki = 104 - 2
= 102D

Hutang = 30D

Baki = 102 - 30
= 72D

Baki harta yang akan diberikan kepada ahli waris ialah = 72D

Dalam hukum faraidh isteri akan mendapat 1/8 (sebab ada anak), ibu dapat 1/6 (sebab ada anak), bapa dapat 1/6 (sbb ada anak lelaki). Baki (13/24) diberikan kpd anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2 bahagian untuk lelaki dan 1 bahagian untuk perempuan.

Selepas pengiraan maka -

Isteri mendapat 9/72 = 9D
Ibu = 12/72 = 12D
Bapa = 12/72 = 12D
Anak lelaki = 26/72 = 26D
Anak perempuan 13/72 = 13D
Kesimpulan

Apabila urusan pembahagian selesai, bukan setakat ahli waris sahaja yang dapat kesenangan, malah ekonomi umat Islam akan terus berkembang pesat kerana tiada lagi harta yang terbeku gara-gara wang disimpan di dalam bank dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama bersatu dalam memperjuangkan Dinar dan Dirham sebagai matawang Islam dalam menggantikan sistem ekonomi yang tidak adil kepada sistem ekonomi Islam yang memberikan keadilan kepada semua tidak kira bangsa dan agama.

Kita tunjukkan bahawa Islamlah penyelesaian yang terbaik bagi memelihara semua manusia di bumi Allah Ta'ala..

WAllahu a'lam bissowaab

0 comments:

Post a Comment